Sunday 10 July 2011

Remaja



:)

Dewasa ini, kita mendapati akhlaq remaja muda-mudi semakin rosak membarah. Dikatakan membarah dan kritikal kerana sampai kepada satu tahap sanggup menukar agama dan kepercayaan. Termasuk pelbagai lagi gejala yang merosakkan seperti;

1- Pergaulan Bebas
2- Fesyen dan pakaian yang tidak mengikut kehendak Syariat.
3- Hiburan yang melalaikan.
4- Mat dan Minah Rempit.
5- Bohsia Dan Bohjan.
6- Jahil Tentang Hukum Agama Terutamanya Fardhu Ain.

Dan pelbagai lagi yang masih banyak jika hendak dituliskan di sini.

Di samping itu tidak dinafikan ada Remaja yang baik akhlaqnya, tinggi hemahnya, berjaya dalam pengajian dan kerjaya.
Halaqah.Net mengajak sahabat semua untuk membincangkan secara ilmiah;

Apakah punca utama kerosakan akhlaq serta siapakah yang sebenarnya pemain peranan utama(berdasarkan waqi'-keadaan dan suasana sekarang) untuk membentuk akhlaq muda-mudi sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Walaupun di sana nanti akan ada yang mengatakan bahawa semuanya memainkan peranan masing-masing. Namun di sini Halaqah ini mencari jika terdapat di sana satu kesimpulan yang terbaik siapakah yang perlu memulakan dan memainkan peranan utama dalam pembentukan Generasi Remaja Muslim Dan Muslimah yang berTAQWA.

Untuk Sebarang Keputusan Sila Hantarkan Poling Anda Di Atas.

Harap Dapat diHALAQAHkan...

 :)
« Last Edit: 16 June, 2007, 05:59:42 P

No comments:

Post a Comment